Monday, May 3, 2010

Sabar Itu Cantik

Rasanya macam susah nak tulis n3 lg. Mungkin banyak tragedi sadis yang jadi . Hari-hari yang penuh dengan ujian dan dugaan.Bayangkan sepanjang hari – hari yang aku lalui terlalu sedih untuk dikenang. Ibaratnya dugaan aku selama ini mcm aku tengah bina sebuah istana pasir yang cukup cantik di tepi pantai. Aku jaga istana pasir tu, aku bina bende ni ikut kehendak alam, dengan penuh berhati-hati spy tak rosakkan mana-mana bahagian yang dah lengkap. Aku ambik masa berjam-jam n berhari-hari bina istana tu tanpa tak penah sangka bende tu akan musnah akhirnya sbb dibina kat tepi pantai. Fenomena tu sememangnya aku tau. Tapi kuasa Allah mengatasi segala-galanya. Ombak hidup mengikut aturan sang Pencipta. Akhirnya istana pasir yang aku bina musnah jua dipukul ombak besar.Aku terase nk nangis kerna istana pasir itu dah musnah sbb penat lelah aku membina dan menjaganye selama ini. Tambah usaha berhari-hari aku musnah dalam masa tidak lebih seminit. Sekelip mata. Begitulah ibarat trajedi yang aku lalui. ahhaha..berpuitis btol!

Ujian itulah kehidupan

Allah nak menguji aku lagi. Mungkin gak aku terlampau terkejut. Kata kawan fb aku ‘sabarlah, Allah baru mencubit sedikit sahaja paha kita, kita telah mengeluh panjang dan bising-bising.’ Kata-kata kawan aku betul. Tapi aku bukan mengeluh bukan tak redha, Cuma aku rasa nak ngadu sangat-sangat kat Allah. Kata Abusaif, kehidupan kita ini tidak dapat lari dari ujian-ujian Allah kerana ujian itulah sebenarnya kehidupan kita. Ye aku akui. Redha tu perit, Tapi Imbalannya Manis…(imbalan tu srupe mcm effect la) Beberapa hari ni aku cuba cari kekuatan diri untuk terima apa yang berlaku dalam hidup. Aku cuba belajar erti redha. Betul, redha tidak semudah yang kita sebut-sebutkan. Redha itu perit, tapi imbalannya manis. Begitulah pesan sape tah(terdengar kt radio). Hari ni tarbiyyah tak langsung yang berguna untuk aku daripada Allah adalah aku belajar erti redha. Kata buku(xingat tajuk,terpinjam buku kawan xminx izin) sabar itu adalah yang paling mulia, tapi redha itu paling tinggi selain bersyukur menerima ujian kerana antara sabar dan redha, redha itu kita perlu ikhlas menerima setiap ketentuan. Bayangkan jika korang terima ujian yang terlalu berat, kita akan tahu apa bezanya redha dan sabar. Ia memang berbeza.

Dulu sorang mak cik kt radio salam.fm(pkul 3 lebih pagi)bertanya,macamana nak jadi seorang yang kuat bila ada masalah dalam hidup? Waktu tu DJ diam je tanpa memberi apa-apa respon sbb sememangnya DJ tu  tak tahu(ahha..memandai).Pastu aku lupa apa yg DJ tu jawab..tang tang! Hari ni, bila aku lalui episode yang sukar dalam hidup aku, aku dah ada jawapan die(tp xtaw lah camne nk xplen) Pertama jangan terlalu mengikut perasaan dan pikir positif je, so insyaallah kita akan ikhlas dengan ketentuan Allah.

Kedua yakinlah bahawa apa yang diambil Allah, lalu kita bersabar, maka tidaklah Allah memberikan ganti melainkan apa yang diberi ganti itu lebih baik daripada apa yang diambil. Di sinilah perlunya sabar. Alhamdulillah aku dah kuat skunk.
Berkata Umar Abdul Aziz ‘Allah tidak memberi kenikmatan kepada seseorang hambaNya dengan suatu kenikmatan kemudian Dia mengambil kenikmatan itu daripadanya. Lalu digantikanNya dengan kesabaran, melainkan apa yang dijadikan ganti itu lebih baik daripada apa yang diambilnya.’

Kembalilah kepada Allah


Sememangnya, kita tidak dapat lari daripada ujian Allah. Kerna dengan ujian itulah iman akan teruji.Aku dah jumpa ramai orang yang diuji hamper sama ngan aku(maksudnye xdpt gak ah..xdpt apa??secreto). Andai diikutkan nafsu dan emosi, pasti aku tak ubah mcm orang-orang yang mengambil jalan mudah untuk menyelesaikan masalah mcm kurung diri, rayau-rayau n bwat je pape yg syaitan suke(nk rayau2 kt area kl slame seminggu xmkn xtido xbalik). Nauzubillah. Alhamdulillah episod duka aku lalui tu dengan penuh terarah.Aku still ada tempat mengadu kat Allah, kat family(wlupun fmly kdg2 xmemahami)kt kengkawan skalipun pada masa yang sama ada mulut-mulut manusia yang tak lepas dari bercakap pasal manusia-manusia lain.Ahha..merepek ape nih??(jgn dengki kt org bleh bwk dose)

‘Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata ‘kami beriman’ sedangkan mereka tidak diuji (dengan sesuatu ujian) ‘– (Surah al-Ankabuut ;2)

Apa yang penting, kita kembalilah kepada Allah. Nak ulang kata2 hikmah kawan fb, Allah baru sahaja mencubit kita sedikit jika hendak dibandingkan dengan nikmat kurniaanNya yang melangit luas. Kita jangan cepat melatah dan merasa cemas dengan ujian yang menimpa. Disinilah kebergantungan kita kat Allah sangat diperlukan.

Al-Mutanabbi berkata, ‘Kecemasan hanya akan mengakibatkan tubuh menjadi kurus dan rambut akan beruban dan menjadi amat tua.’ Jangan membiarkan ujian itu menjadikan kita cepat tua =).

Kata William Mark Gaugil dalam pidato ilmiahnya di depan Persatuan Doktor Gigi Amerika, ‘Perasaan tidak bahagia seperti takut dan cemas sangat mungkin memberi kesan kepada penyebaran kalsium di dalam tubuh dan selanjutnya akan mengakibatkan kerosakan pada gigi.(hehe..pe kene mengena ngan hidup..ni psl gigi lah~wei..gigi pun hidup gak ah..xpaham la~)

Patutlah spanjang aku sedih, aku selalu sakit gigi(sungguh..xtipu!sakit bila gigit buah epal hijau..smpai kluar darah kt epal tu..buah epal hijau bertukar warna!!warna apa?warna darah!!ahha) Mungkin ini kesan sedih dari sudut kesihatan. Apapun belajarlah untuk redha kerana apabila kita redha, kita sememangnya kembali kepada Allah dan insyaAllah hati kita akan bahagia.(temasok gigi pun akan bahagia..bebas dari darah..haha)

Wasiat Luqman Alhakim

‘Dan selalulah berharap kepada Allah tentang sesuatu yang menyebabkan untuk tidak menderhakai Allah. Takutlah kepada Allah dengan sebenar-benar takut (taqwa), tentu engkau akan terlepas dari sifat berputus asa dari rahmat Allah’

Binalah Istana untuk didiami

Syukur, terlalu banyak yang aku blajar.Tazkirah bdk alim kt smakl: Bersyukurlah!apabila korang diberi ujian,banyak hikmah yang Allah berikan untuk kite sume dari ujian ini...Hari ni baru akak pikir dik..t kaseh~

Pertama seperti wasiat Luqman al-Hakim lagi kepada anaknya “Wahai anakku, janganlah engkau langsung menelan sahaja kerana manisnya barang dan janganlah langsung memuntahkan sahaja pahitnya sesuatu barang itu, kerana manis belum tentu menimbulkan kesegaran dan pahit itu belum tentu memberi kesengsaraan”

Keduanya, aku tak nak bina istana pasir lagi.Aku nak bina istana untuk aku diami@ tinggal di masa depan nnt(tinggal ngan sape?..ngan suami lah!..klu mak ayah+nenek moyang..istana lain..ahah). Kali ni, aku kene berhati-hati.

Ketiga, biarlah apa yang diperlakukan orang terhadap kita, selagi keyakinan kita pada Allah selagi itulah hidup kita bahagia.(Bunyi macam org buat dajal kt kau je..mana ada lah! jgn buruk sangka)

So,akhirnya aku belajar erti sabar dan redha(sbenanye xtaw pun maksudnye, tp faham sndri lah dlm hati..wlupun aku xdpt nk xplen gune mulut n fingers*xtaw nk taip pe..)



Amiiin..kuharap dalam hati moge2 dapatlah lps memujuk rayu pak cik2 mak cik2 kt jabatan U..
:'((((  bertukar!  ~ :)))))senyum lebar

DOAKAN SAYE KAWAN KAWAN..SAYE JUGE DOAKAN ANDA 
INSYAALLAH SEGALE KEBAIKAN AKAN DIBALAS DENGAN KEBAIKAN YANG BAIK PUNYE ! SEMOGE BERJAYA~

2 comments:

arisa said...

bagus! semangat cmni aa! hee
anywy, all d best ok! :D

jedalerihati said...
This comment has been removed by the author.
 

Template by Suck My Lolly - Background Image by TotallySevere.com